Tuesday, June 3, 2014

''Kalau tuhan ada..kenapa dia tak amankan saja dunia ni..?''

KISAH YANG SANGAT MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN
''Kalau tuhan ada..kenapa dia tak amankan saja dunia ni..?''
Kisah selain dari MH370... Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.



copy from Imam Muda Hassan 's facebook .

Bintang Syurga

 
 
 







Biar darah jadi baja
Biar tuanku menjadi tuannya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tegar
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak

Burung-burung igau terbang
Rohku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang

Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cintamu kanku bercantum

Pergi ku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki
Itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki dari ilahi
Wow.. woo..

Kejayaan  (kejayaan)
Kebahagaiaan (kebahagiaan)
Kepada para syuhada yang dirindukan

Datang.. datanglah wahai syahid
Dambaan
mujahidAku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya
Hoo.. ooo.. hoo..
Hoo.. hoo.. ooo..

Monday, April 14, 2014

Jiwa kosong


Jiwa kosong itu menangis...

Jiwa kosong itu mencari...

Jiwa kosong yang menanti...

Jiwa kosong yang menagih..

Jiwa kosong yang sepi..

Berlutut ..

Berfikir..

Teresak terus mengalir air matanya..

Dia kesedihan..

Dia ketakutan..

Untuk melihat esok.

Untuk melangkah lagi..

Tertanya-tanya

Adkah dia hambaNYA khilaf..

Adakah dia bersalah..

Jahilkah dia..

Hati nya terus merayu..

Terus memohon..

Dia mahukan SYURGA

Namun layakkah dia..

Siapa dia

Hanya seorang hamba  yang hina..

Kini dia bersujud..

Segala rasa telah dia ungkapkan..

Betapa hidupnya hanya untukNYA  YANG MAHA ESA

Mata nya tertutup..

Ada suara berbisik..

ALLAH ITU MAHA MENDENGAR..

MAHA MENGETAHUI ATAS SEGALA SESUATU..

MAHA PENGAMPUN..

MAHA MELIHAT..

MAHA ADIL..

DIA melihat segalanya..

Mendengar walau yang tersembunyi..

ALLAH tidak pernah berhenti untuk mendengar ..

Menerima taubat hamba-hambaNYA....

BERIKAN CINTAMU HANYA PADANYA..

SYURGA MILIKKMU...

warkah .

                                              

Warkah



Sedetik diriku tersungkur
Kau jua menyambut tadahan tanganku
Akan ku abadikan pengorbanan cintamu padaku
Sentiasa ku berdoa memanjatkan syukur
Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu
Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh Tuhan damaikan hidup dan baktinya

Betapa tak terkira pengorbanan
Yang telah kau telah berikan
Semoga ditempatkan didalam dakapan kasihnya
Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu
Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh Tuhan damaikan hidup dan baktinya
Oh Tuhan damaikan hidup dan baktinya


      –

Leave a Reply



Friday, March 15, 2013

ku merindukanmu Ya Rasulullah


















Wujudkan  Rasulullah dalam dirimu ,
dekatkan hatimu padaNya ,
nescaya akan kamu menjauhi kemungkaran,
bagaimana kamu akan melalukan keburukan sedang hatimu mencintai Allah dan Rasul .
Subbhanallah :)

sehingga maut sudah menjemput kita jua belum tentu jasa dan peringatan Baginda terhadap umatnya dapat kita balas...

sahabat  sekalian ,
hidupkan sunnah dalam dirimu
berselawat lah atas Baginda dan lakukanlah apa sahaja agar kita tidak berhenti mengingatinya

ingatlah Baginda tidak pernah berjumpa dengan kita sekalian umatnya 
namun Baginda Rasulullah sanggup berdoa agar cukup dia sahaja merasa sakitnya sakaratul maut ,
aduhai sahabatku ,
betapa Rasul menyanyangi kita umatya
namun 
bagaimana pula dengan kita ?

#pejamkan mata hayati kisah Baginda dan cari jawapannya...



informasi dari 
http://islamyoureligion.blogspot.com/




Thursday, February 28, 2013

statusQ mitivasiQ

#ingatan buat kita yang mudah lupa !


"Ya Allah ,

Tunjukkan kepadaku yg benar itu benar ,

Ya Allah ,

Jernihkan hati


ku untuk mengenal hal-hal yang dusta 

dan benar .

Amin ."


Sunday, December 23, 2012

KaryaQ:Hati Insani


Dia melewati hari demi hari.,.
Bagai ada yang kurang sempurna..
Luahan  jiwa  yang luar biasa ..
Tangisan yg tidak berhenti..
Apa ini yang dinamakan hidayahMU?
Dia terus teresak mencari jawapan..
Airmatanya  terus mengalir..
dalam ketakutan..
Seraya dia berkata
Aku memerlukanMU  YA ALLAH
Perasaan apa ini..
Kegundahan apa ini..
Kau tuhan ku YANG MAHA HEBAT..
YANG MAHA TAHU ATAS SEGALA SESUATU
Beri aq kekuatan mencari jawapan kegundahan ini...
Beri aq ketenangan..
YA ALLAH ,
ANDAI SEKEPING HATI YANG MENJADI MILIKKU KINI BUKAN HATI YANG CINTANYA PADAMU AQ MOHON YA TUHAN AMBIL HATIKU INI GANTIKAN HATI INI DENGAN HATI YANG LAIN AGAR HATI ITU TAQWANYA HANYA PADAMU
AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Aq takut akn dosaku tuhan..
Aq takut..
Adakah rasa ini petunjukMu yang menyruh aq berubah menjadi muslimah sejati..
Jika benar tuhan tetapkan imanku,tingkatan taqwaku,tenagkan jiwaku,sedarkan aq agar tidak terus terlena mengejar dunia..bimbinglah aq..ingatkan aq akan sakit siksa di nerakaMu..ikhlaskan aq..
Tuhan..hanya padaMu aq bisa meluah segalanya..hanya padaMu tanpa diunggkap Engkau tetap tahu..
Engkau tahu walau yang tersembunyi..
Aq bersukur akan hadir cahaya keinsafan ini..
Jangan biar ia terhenti disini
Semoga keinsafan ini menjadi haluan buatku
Untuk melangkah ke kebahagian abadiMU
YA ALLAH,
JEMPUT AQ KE SYURGAMU..
Amin ya rabbal alamin

Oleh:
N-fanaz