Saturday, August 4, 2012

SYURGA SEKETIKA


Ini syurgaku...

Namun sedarkah betapa kehidupan di dunia itu terlalu kecil untuk dinilaikan dengan kenikmatan syurga  yang terlalu berharga nikmatnya..

Sebagaimana tangan dicelup dalam air kemudian diangkat ..

Titis –titis yang tertitik dari jari-jari itu gambaran

Betapa nikmat dunia itu terlalu kecil..

Nikmat yang hanya sebesar titisan..

Berbanding kebahagiaan yang terlalu indah di sana..

Manusia hidup untuk menanam ..

Menanam amalan untuk di bawa..

Untuk menjadi bekalan..

Untuk meniti titian sirat..

Untuk dihitung

Penentu SYURGA dan NERAKA..

Gambaran syurga yang sangat menyeronokkan

Gambaran neraka yang begitu menyakitkan..

Ingin sekali syurga yang dilangkah

Hanya keimanan dan ketaqwaan

Bisa membimbing..



Sesungguhnya dunia hanya SYURGA SEKETIKA..

Ada syurga yang lebih indah dan bermakna untuk dimiliki..

Sedarilah itu..

Kejarlah kenikmatan SYURGA ABADI..

Tanamkan sebanyak amalan untuk dibawa hasilnya di sana kelak...

Panjatkan doamu dengan penuh ketulusan..

Minta padaNYA agar dijemput ke SYURGANYA..


oleh
n-fanaz

No comments:

Post a Comment